Powered By Blogger

Saturday, January 7, 2023

Sebagai meghargai adik beradik AYU panitia matematik dikongsikan kolaborasi video Matematik Tingkatan 2 mengikut bab.
Video kolaborasi Super Math Squad Akademi Youtuber. Guru SMS AYU terdiri daripada 35 orang guru Matematik berpengalaman dan terlatih menghasilkan video pdpc.
 

Monday, January 2, 2023

 


Assalamualaikum Salam tahun baru buat semua rakyat Malaysia dan seluruh dunia..
Hari ini hari pertama bagi tahun 2023 saya mempunyai domain sendiri. Seperti mimpi dalam mimpi ada domain cikgukamariah.com. Saya bukanlah siapa-siapa. Seorang cikgu yang hampir ke penghujungnya.
Doakan Blog cikgu Kamariah.com istiqamah   terisi dengan content yang dapat membantu dan memberi manfaat kepada semua.
Terima kasih kepada semua adik beradik AYU yang sentiasa memberi sokongan padu tak kira masa dan dimana jua. Juga rakan-rakan seperjuangan yang pelbagai kerenah dan  ragam yang mendewasakan kita. 
Tahun ini merupakan permulaan saya mencoretkan aktiviti dalam bentuk digital blogger. Juga tahun  terakhir dalam perkhidmatan kerajaan.

Semoga 2023 bakal menyinar dengan lebih terang. Semua urusan dipermudahkan dan lebih banyak kejayaan dikecapi buat semua. Cikgu Kamariah tidaklah mengharapkan menjulang tinggi. Cuma berharap hidup lebih sihat dan tenang sehingga ke penghujungnya.

Sunday, January 1, 2023

 



Ahamdulillah syukur atas nikmat yang diberi. Terima kasih AkademiYoutuber (AYU) kerana memberi tunjuk ajar membuat video + live kelas Tuisyen AYU percuma. Segala jasa Dan dorongan amatlah dihargai. Terima kasih yu suffi Terima kasih yu zuly Terima kasih yu abeymatpb Terima kasih rakan Super Math Squad AYU Terima kasih kawan2 AYU Terima kasih kawan2 sekolah Terima kasih anak2 Tuisyen PERCUMA AYU Terima kasih semua ibubapa yang memberi kebenaran menggunakan gajet untuk anak2 belajar secara maya.

Pautan Santai bervlog. https://youtube.com/playlist?list=PLgJDPev_XBdRIFOKK62hzoVejFaK743ur








Video-video Jom cuba adalah membincangkan soalan-soalan yang terdapat dalam buku teksTingkatan 2 untuk kefahaman murid-murid.



 

Bab2 :Pemfaktoran algebra

 




 

PUSAT TUISYEN AYU - PUSAT TUISYEN PERCUMA PERTAMA DI MALAYSIA



Akademi Youtuber





Tuesday, August 3, 2021

 


🔔📢📢📣🎉🎉Jadi, apa tunggu lagi. Jom bersama kami…. Hanya CEKAP KALKULATOR  di AKADEMI YOUTUBER


 

PRESENTER : Cikgu Kamariah Zailan

PAUTAN  https://youtu.be/gNRj-ezwbuA

 

DESCRIPTION : Casio fx-570MS dan fx-570EX serta fx-991EX

 CK : CEKAP MENGIRA, JIMAT MASA.

Segmen khas bagi siri #5 membawa tajuk KALKULATOR DALAM KUASA DAN PUNCA KUASA. Cikgu Kamariah Z dan team CK KaHoTaFa dari Akademi Youtuber AYU akan membimbing murid untuk menggunakan kalkulator dalam gabungan operasi. Bagaimana untuk mengurangkan risiko hilang markah dalam peperiksaan ? Cara menyediakan jalan kerja yang lengkap walaupun berbantukan kalkulator. Aktiviti hands-on dan juga melibatkan kuiz online. Rasailah pengalaman bersiaran bersama team CK KaHoTaFa.

 

Hadiah disediakan setiap minggu. 

Perkongsian langkah demi langkah berkaitan teknik penggunaan kalkulator ini sangat sesuai untuk ditonton oleh murid menengah rendah dan juga bakal murid yang akan masuk ke sekolah menengah.

Kalkulator jenama Casio fx-570MS dan fx-570EX serta fx-991EX menjadi bahan utama membantu anda dalam urusan seharian.

Senarai tajuk mingguan,

Kami ingin membantu murid, guru dan semua pengguna kalkulator seluruh Malaysia untuk menguasai kemahiran menekan kekunci kalkulator dengan cara yang mudah melalui pendekatan santai. Kami juga akan membantu murid untuk menyelesaikan soalan dengan kaedah yang betul apabila menggunakan kalkulator.

 

PUSAT TUISYEN AYU - PERCUMA! Pusat tuisyen PERCUMA pertama di Malaysia yang membawakan kepada anda guru-guru PAKAR dari seluruh negara. Pusat Tuisyen AYU menghimpunkan guru-guru pakar yang masih dalam perkhidmatan mahupun yang telah bersara namun tetap ingin menyumbang untuk pendidikan negara.

 

MURID / PELAJAR

Rebut peluang, masukkan sesi LIVE ini dalam jadual pembelajaran sendiri dan sentiasa mengisi masa lapang dengan ilmu daripada guru-guru hebat yang ikhlas ingin mendidik anda walaupun dari lokasi yang jauh. Jangan sia-siakan masa anda untuk belajar, guru-guru sentiasa ada di mana jua untuk membantu. Semoga kejayaan menjadi hak milik anda.

 #segmenkhas #akademiyoutuber

#CEKAPKALKULATOR #CEKAPMENGIRA #JIMATMASA

 


Playlist Segmen Cekap Kalkulator :

https://youtube.com/playlist?list=PLgJDPev_XBdTCthyyfSH7tFTmdIYoNX6C

 

 

Tutorial Cara Rekod Kredit https://www.youtube.com/watch?v=LVq-uTUab_c&list=PLlXGdSFQp7QlGL5_h3C1wTHXotCSsvueG

 

RANKING Kredit AYU ( PELAJAR ) https://www.akademiyoutuber.com/p/ranking-kredit-ayu-pelajar.html

Link Rekod Kredit https://www.akademiyoutuber.com/p/rekod-kredit-pelajar-akademi-youtuber.html

Katalog hadiah https://www.akademiyoutuber.com/p/kredit-ayu-ganjaran-hebat-akademi.html 

 

Daftar ID Ikon eDidik Junior https://www.akademiyoutuber.com/p/ikon-edidik-junior.html

 

Permohonan e-mel eDIDIK https://getmail.edidik.my

 

✅PAUTAN PLAYLIST :  https://youtube.com/playlist?list=PLgJDPev_XBdTCthyyfSH7tFTmdIYoNX6C

 

INISIATIF :

http://www.akademiyoutuber.com

 https://t.me/eDIDIKMalaysia

 https://t.me/KelabGuruMalaysia